our NEW BLOG is officially OPEN..!!!


Salam all...
lama tak update sini...
hehe

just nak announce something kat sini..
 
our NEW BLOG is officially OPEN..!!!
(Bakery Blog)
 

do visit us at
Let's Crave The Sweet Life..!!!
 
clikk jangan tak clickk...
hehe..
^_^

thnxx...arigato peeps..


Mee Kari Udang


entry kali ni, 
me nak share satu lagi makanan/masakan favourite time2 puasa ni...
dan jugak time2 org buat open house menu ni mmg tak ketinggalan
hehee...tak lain tak bukan, iaitu mee kari!!..
so me nak share resipi Mee Kari Udang ni wif u0ls yg baru nk try buat..
nak buat open h0use this raya u0ls bole la try...hehe
bahan yg sangat simple n senangg dibuat n sgtt sedapppp di makan
hehe...

lets check it outt!!
^_^



++ MEE KARI UDANG ++ 
sumber : qirah75

BAHAN
1/2 kg - Udang
mee kuning - 1kg ( basuh dan celurkan)
rempah kari - 2 senduk kecil
cili boh yg dimesin sikit (kalau suka pedas)
bawang merah - 6 ulas*
bawang putih - 3 ulas*
halia - 1/2 inci*
kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkeh (semua ni sikit je..nak kasik wangi. tak letak pun xpa rasanya)
daun kari - 1 tangkai
tahu kering  (tp me guna tauhu biasa je)
udang kering - sikit*
asam keping - dlm 2,3 keping
pati santan - RM1 (beli kat pasar je) @ kelapa parut sebijik

BAHAN Hiasan/Ulam
telur rebus
bawang goreng
daun bawang
sawi (celurkan) 
taugeh (celur jugak) 
cili besar@cili api

CARA
1. Tumbuk bahan *
2. Gaulkan serbuk kari dgn air panas utk jadikan paste. Masukkan juga cili mesin tadi.
3. Bersihkan udang, keluarkan kepala dan kulit. Kepala dan kulit ni rebus dgn sedikit air kemudian blend dan tapiskan air dia tu untuk jadikan stok.
4. Panaskan minyak. Masukkan daun kari. Lepas tu kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih
5. Masukkan bahan-bahan tumbuk tadi. Bila dah agak kekuningan masukkan paste kari
6. Bila dah pecah minyak, masukkan santan, stok udang, garam secukup rasa dan asam keping. Garam tu mesti secukup rasa supaya santan tak berketul-ketul. Bila dah mendidih dan pecah minyak masukkan udang.
7. Bila mendidih sekali masukkan tauhu kering yg telah di potong dua, kacau-kacau dan tutup api.
8. Masukkan mee dalam mangkuk, kuah dan bahan-bahan hiasan dan sedia untuk dimakan..


yups...
itu sajee
simple n senang kan??.....
hiksss

Selamat Mencuba!!!
^_^



Honeydew Sengaut


memandangkan cuaca di serata dunia skarang ni amatlah panas
so me nak share Resipi Honeydew Sengaut ni with u0ls..
sangat simple, pantas dan nyamann..
sesuai juga dijadikan juadah tuk minum berbuka puasa...
sangattt sedapppppp~

so, lets check-it out..



++ HONEYDEW SENGAUT ++
sumber : aeeda78

BAHAN
1 biji - Tembikai Susu (Honeydew)
1 tin - Susu Cair Ideal Milk
1/2 tin kecil - Susu Pekat (klu honeydew anda dah manis, guna 1/4 tin susu je)
Manik Sagu (Sego Pearls) - ikut suka
suku dari Tembikai Susu dipotong dadu (kecil2) - ikut suka

CARA
1. Potong honeydew untuk dimasukkan ke dalam blender. Tapi jangan lupa tinggalkan suku tembikai untuk ditabur didalam jus tu nanti (potong kecil)..kalau ada extra lg bagus..
2. Masukkan honeydew + susu cair  + susu pekat ke dalam blender. Blend kan. Selesai blend, masukkan ia ke dalam bekas dan ketepikan.
3. Didihkan air di dalam periuk yang berasingan. Lepas tu, masukkan sego pearls. (jangan terlalu lama takut sagu jadi hancur dan likat)
4. Kacau sebentar dan kalau manik tu dah nampak mcm transparent, angkat dan tapiskan. Cuci sepintas lalu dengan aliran air paip (air sejuk).
5. Masukkan manik sagu ke dalam bekas yg berisi honeydew yg telah di'blend' itu tadi.
6. Akhir sekali, campak lah isi honeydew extra yg telah dipotong kecil itu td. boleh juga letakkan beberapa ketulan ais utk bg lebih sejuk dan nyaman...ataupun sejukkan dulu untuk kepuasan maxima...hehee

**resipi asal taruk 1 tin jagung ligo sekali...tp me tak masukkan coz nnt feel honeydew hilang...hehe


sekiannn...

SELAMAT MENCUBA!!
^_^



Tuna Puff


yup another express recipe to those yg xbyk masa...
tuna puff recipe..hehehh..
senang dibuat sedap dimakan, 
nak pulak time panas2 lepas masak...fuhhhh...
no need to uli2 or wuts eva..
what u need is juz the 'puff pastry'...

telah membuat ni haritu..
lets check it out~
^_^


++ TUNA PUFF ++
sumber : skyblue

BAHAN
2 keping Puff Pastry
1 tin Tuna (ketulan dlm minyak/air)
1 biji Bawang Besar (dicincang)
1/2 cawan Jagung dan Kacang Peas (dlm tin/frozen)
(atau boleh juga gunakan mix vege ikut selera masing2)
2 sudu besar Mayonnaise
sedikit Garam dan Lada Hitam
1 biji Telur (dipukul dgn sedikit susu segar)

CARA
1. buangkan minyak/air di dalam tin, tuangkan tuna ke dalam magkuk besar.
2. masukkan bawang besar yg dicincang, jagung dan kacang peas, mayonnaise,
garam dan lada hitam. Kacau hingga rata dan ketepikan.
3. Puff Pastry di potong dan dibahagikan kepada 6 keping.
4. Isikan 1 sudu besar tuna ke atas pastry. Lipatkan pastry dan
tutup hujungnya dengan garfu. Ulang sampai habis.
(** if anda confuse, normally kat blkg plastic puff pastry tu ada tunjuk cara2 potong/lipat)
5. Sapukan puff dengan telur. Bakar puff pada suhu 200'C selama 20 minit.

selesai sudaa...
sgt simple n sesuai tuk minum petang jugee...;)

~~SELAMAT MENCUBA~~
^_^

Pulut Panggang Ekspress


hye all...

disebabkan bulan puasa pun dah nak dekat, 
so me nak share resipi pulut panggang / pulut udang ekspress ni wif u0ls yg xbrape pro (like me)
 n tringin nak buat tuk mkn senirik..
nak buat juadah buka puasa pun ok xyah beli....hehe..
simple sgt...
lets check it 0ut!!...
^_^


++ PULUT PANGGANG ++
sumber: umi_e

BAHAN
4 cawan - Beras Pulut
4 cawan - Santan
Garam - secukupnya
Serunding Daging - secukupnya
(lebih kurang dalam 1mangkuk)
beberapa helai - Daun Pandan
Daun Pisang - secukupnya
(dalam 4keping lebar pelepah pisang)

CARA
1. Cuci beras pulut dengan air suam
2. Masukkan santan + garam + daun pandan
3. Tutup dan masukkan dalam microwave - tekat kat 'rice' atau set sekitar 15min 
(kacau setiap 5min supaya pulut masak rata)
4. Bersihkan daun pisang dan layarkan atas api kemudian dipotong panjang 
agak2 dlm 10inci dan lebar 5inci. Setelah itu ambil sehelai dan 
sapukan sedikit magerin diatasnya.
5. Ambil 2 sudu pulut dan letak atas daun pisang
6. Ambil 1-2 sudu makan serunding daging dan letak di tengah2 pulut td
7. Tutup inti serunding daging dengan temukan kedua2 hujung pulut supaya tertutup
8. Gulungkan daun pisang dengan rapi serta padat dan pinkan dgn lidi/stapler dihujungnya
9. Letak atas api, kuali leper dan balik2kan hingga garing
10. selesaii suda...boleh la dimakan panas2...bestttt!!

simple kan??...hehe

SELAMAT MENCUBA
^_^

**  more recipes coming up next, 
      sempena Ramadhan Al-Mubarak yg bakal tiba....

Fruit Tartlet

salam..
oke all...
today me mau share ini resipi sama u'ols...
senang giler....seyes ckp..
hehe...xla senang sgt2...
agak rumit...tp agak syiok ooo...hehe
oke2....sape2 yg nk try bole try....
lets check-it 0ut~

++ FRUIT TARTLET ++
sumber : mat gebu + k.julia


BAHAN PASTRY
(dlm 60bji)
250 g butter
125 g gula halus
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur
440 g tepung gandum

CARA
1- pukul butter dan telur sampai gebu
2- tambah telur dan esen vanilla dan pukul hingga sebati
3- masukkan tepung sedikit demi sedikit
(jgn risau, doh agak lembut supaya senang nk mencanai dlm acuan)
4- sapukan butter pada acuan supaya doh yg dah dimasak tak melekat
5- tekan dok pada acuan..jangan terlalu tebal sbb doh akan naik sedikit setelah dibakar
6- bakar pada suhu 200'C selama 12 hingga 15 minit atau hingga kekuningan..
dan sejukkan


BAHAN KRIM PASTRY
(dlm 30 biji)
300 ml susu segar
3 biji kuning telur
50 g gula halus
20 g tepung gandum *
20 g tepung jagung *
(* disatukan dan diayak)
1 camca teh esen vanilla
2 camca besar mentega/marjerin

CARA
1- panaskan susu sehingga menjadi suam dan matikan api
2- di dalam bekas yg lain, satukan kuning telur, gula dan tepung yg telah diayak
dan kacau menggunakan wisk hingga berkrim
3- tuang susu suam sedikit2 sambil terus mengacau hingga susu habis dituang
4- tenggekkan bekas(boil-up) berisi adunan tadi atas air mendidih
dan terus mengacau hingga adunan berubah menjadi pekat dan licin
5- matikan api dan masukkan esen vanilla dan mentega..kacau hingga sebati
6- alihkan kedalam bekas yg bertutup rapat dan tutup rapat..


BAHAN LAIN2
coklat cair/masak secukupnya
buah-buahan segar (ikut kegemaran masing2)
jem apricot atau piping jelly (kalau suka)

CARA SETERUSNYA
1- keluarkan kulit tart yg dah sejuk tadi dan sapukan bahagian dalam tart
dengan coklat masakan/cair dan biar kering seketika..
2- paipkan dengan krim pastry tadi..byk atau sikit bergantung pd kehendak masing2
3- susun buah-buahan segar mengikut kreativiti masing2..



tak kira buah2an tempatan mahupun import..
boleh juga disapu permukaan buah2an td dgn
jem apricot atau piping jelly utk nmpak lebih berkilat..
(sorry fruit tart yg ni tak taruk sbb takde...huhuhuuu)


so, slamat mencubaaaaaa...
hehe...

^_^


Fruit Pudding


yuhuuuu....
lama sudaa xletak resipi baru..
hehee...

sempena ramadhan al-mubarak dan bulan puasa ni
me nak share 1 resipi best tuk berbuka..

yup..i like it s0oo muchh..
so me telah blajar buat ini puding
da lama da blajar but bru mau menempek2...hehe
n thnx pada cekgu yg mengajar..hehe

seperti biasa,
my resipi mmg smua yg simple
n smua golongan bole try
senang bangattttt..
huhu...

:Onion70:
so lets check it 0ut~!!




++ FRUIT PUDDING ++ 
sumber : pn Julia




BAHAN A
1 paket agar-agar
3 mangkuk air
1 tin laici (ambil air dan laici di blend sikit)
180g / 3 senduk gula
2 tin susu cair

CARA
masukkan agar2 dan air ke dlm periuk
setelah agar2 sebati dgn air, masukkan pula air laici
kemudian diikuti laici, gula dan susu cair
kacau sehinggah masak..
kemudian bolehlah tuangkan ke dalam bekas acuan
dan sejukkan


BAHAN B
(kuah)
1 tin fruit coktail
1 tin nenas
1 tin susu cair
3 sudu tpg kastard
180g / 3 senduk gula
1 kotak fresh milk

CARA
tapis fruit coktail dan nenas, dan airnya di simpan
masukkan air tapisan td ke dalam periuk
diikuti susu cair, tpg kastard, gula
kacau dan masukkan pula fresh milk
setelah itu kuah hendaklah sentiasa dikacau
sehinggalah kuah menjadi agak pekat dan masak

setelah itu boleh lah tunggu puding td beku
dan bolehlah dihidangkan bersama kuah td
sekian~


:Onion73:
selamat mencuba~!!!!..



Cheesy Macaroni Baked

Salam all~

 today me nak share resepi ni..
act resepi ni da lama da buat..
so now baru nk tempek coz ada org request

n me penah buat entry resepi ni sblm ni
...but yg ni yg lebehh cheesee...
sbb me sgt s0ka itu cheeeseee
nyummm nyuuumm~~
:Monkey47:
ngeeeeee

so jomm layannn~~



++ CHEESY MACARONI BAKED ++


BAHAN
250g - Macaroni
(direbus hingga lembut toskan gaul dgn sedikit mentega)

BAHAN INTI
500g - Daging Cincang 
(boleh juga diganti dgn daging ayam cincang)
30g - Mentega
1/2 labu - Bawang Besar } dicincang
1 ulas - Bawang Putih } dicincang halus
1 sudu kecil - Garam
1 sudu kecil - Serbuk Lada Sulah
½ sudu kecil - Oregano Kering atau Parsley Kering
175g - Buah Tomato } buang biji, potong dadu
2 biji - Putih Telur

CARA
1. Panaskan mentega, masukkan bawang besar dan bawang putih.
2. Apabila layu masukkan daging cincang, tomato, garam dan lada sulah.
3. Masak lebih kurang 15 minit atau apabila air daging kering, kemudian sejukkan.
4. Bila dah SEJUK masukkan telur putih, kacau sebati.
5. Sapukan loyang bersaiz 7x 5 inci dgn sedikit mentega 


BAHAN SOS PUTIH
30 g - Mentega
1 sudu besar - Tepung Gandum
500 ml - Susu Segar
2 biji - Kuning Telur
125 g - Keju Cheddar } diparut
Garam secukup rasa
½ sudu kecil - Serbuk Lada Sulah
CARA
1. Cairkan mentega dgn api yg perlahan, masukkan tepung gandum kacau sehingga sebati.
2. Masukkan susu kacau (whisk) dgn menggunakan pemukul telur sehingga sebati.
3. Panaskan sehingga mendidih sambil sentiasa dikacau supaya tidak bergentel.
4. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.
5. Tutup api, sejukkan sedikit baru masukkan keju parut &  kuning telur. 
Kacau sebati ketepikan.


CARA SETERUSNYA
Masukkan1/3 pasta kemudian tabur 1/2 inti dan sedikit keju parut.,
lapiskan semula dgn 1/3 lagi pasta diikuti lebihan inti
dan sedikit keju dan akhir sekali 1/3 lagi pasta
dan atasnya tuang sekata sos putih
dan akhir sekali tabur keju parut.


Bakar didlm oven pd suhu 180'C selama 30 min atau sehingga keju keperangan
Angkat biarkan selama 15 minit sedia utk dihidangkan

:Monkey24:
+++.....Selamat Mencuba.....+++


Sizzling Yee Mee

haluww all....

heheee....ok today me nak share lak camne nak buat Sizzling Yee Mee ni..
aritu suda try....mmg sedap bagat coz me mmg suke sgt makan sizzling ni..huk huk...
and smlm we0ls try lagik...kredit to mysis along a.k.a pem'masak...ahaks
me tolong gak....but tulun tgk sudaa..hikss..
:Monkey37:

but mmg senang bangat nak buat..
so..jom try..


++ SIZZLING YEE MEE ++
sumber: MyResepi

BAHAN

( 2-3 org makan )

2-3 sanggul (gulung) - Yee Mee
 5 ulas - Bawang Putih
5 biji - Cendawan Shitake (cendawan kering)
rendam sehingga agak lembut dan potong 4
1 keping - Dada Ayam (potong mengikut citarasa)
3 biji - Cili Kering (potong 2)
2 sudu besar - Sos Tiram
3 sudu besar - Kicap Cair
 1 sudu besar - Kicap Pekat
1/2 inci - Halia (hiris nipis)
sedikit Serbuk Lada Hitam
Garam secukup rasa
 Beberapa titik - Minyak Bijan
1 sudu besar - Tepung Jagung (dibancuh dgn sedikit air)
 sedikit Minyak utk menumis


CARA
1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
3. Masukkan 2 cawan air.

4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat.
Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.

5. masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
8. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.

yeahh siap sudaa~
senang kan??...hehe..

:Monkey41:
++ selamat mencuba ++


Homemade Fried Chicken

Salam all...

sory coz da lama tak ber'update blog resipi ku ini
me agak bz and takde experiment resipi terbaru yg bole di share wif uols
huhuu...


entry kali ni me nak share resipi dengan tips skali
macam mana nak buat 'homemade fried chicken' ni
last entry me ada tunjuk my 'homemade fried chicken' ni
but me tak letak resipi die sbb ingatkan takda org nak try..hehe
so, atas permintaan beberapa org yg meng'request nakkan
resipi mcm mana nak buat 'homemade fried chicken' ni

bahan2 n cara2 dia sangat mudah
pada sesiapa yg nak try buat senirik or berada di luar negara
yg susah nak carik KFC halal..
anda tak perlu kuatir lagi mana nak mkn KFC
bole buat senirik...lagi jimat n berbaloi...huhu..
so, lets try it~!



++ HOMEMADE FRIED CHICKEN ++


BAHAN
Tepung gandum - ½ kilo
Serbuk kari ayam - ½ cwn
Serbuk cili - 3 sudu teh (klau nak pedas blh tambah lagi)
Serbuk lada sulah - 3 sudu teh
Serbuk penaik - 2 sudu teh
Garam - secukup rasa
Gula - sedikit
**(boleh buat 2-3 bancuhan klu nak msk byk.. jika ada lebih boleh disimpan)

CARA
Gaul sebati kesemua bahan-bahan tersebut..
kemudian boleh lah digaul bersama ayam dan goreng..
rujuk tips dibawah utk cara2 menggoreng


TIPS PENYEDIAAN AYAM SUPAYA MENJADI CRISPY
- sediakan bekas tepung besar utk menggaul ayam supaya senang menggaul
- sediakan air sejuk bersama penapis utk rendaman ayam
- goreng menggunakan deepfryer (if takde, guna periuk n minyak yg byk)
- pada suhu 180'C


1. Mula-mula masukkan beberapa ketul ayam ke dalam tepung. (4-6 ketul) lebih elok asingkan tulang n isi supaya senang.
2. setelah itu gaulkan ayam sebyk 10 kali secara melintang dan menegak.
3. ambil 2 ketul ayam dan pegang kiri kanan dan ketuk sedikit supaya
tepung rata dan yg berlebihan jatuh.
4. masukkan ayam tadi kedalam bekas penapis dan ulang langkah 3 sehingga
semua ayam dalam tepung td habis
5. setelah itu pegang penapis dan masukkan ke dalam air sejuk perlahan-lahan
dan rendam selama 10 saat
6. kemudian tos dan angkat penapis perlahan-lahan supaya tepung tak lekang
7. masukkan semula ke dalam tepung tadi
8. gaul dan ramas ayam-ayam tadi 10 kali secara melintang dan menegak
(ni proses penentuan nak bg ayam nampak crispy)
9. kemudian bolehlah ulang langkah 3 dan masukkan ke dalam minyak yg panas (180'C)

TIPS
- untuk ayam daging masak selama 10 – 15 minit
- untuk ayam tulang 5 – 8 minit
- drumstick – 12 minit or masak lama sedikit sbb kalau tak, darah akan keluar lepas diangkat

p/s - tips kat atas nmpak macam panjang...tp tak la rumit pun...klu try buat baru tau..
me terangkan secara detail supaya uols sumer dpt result umphhh and boleh membanggakan
diri anda nnt..huhu..

~~~~~SELAMAT MENCUBA~~~~~


Beef Steak

hurmmm..
memandangkan da lame tak wat entry macak2,
so meh kite layankan menu harini...
huhuu

yup arini me wat beefsteak resipi senirik
lalalaaaa
:Monkey37:

sangat senang saj0rk itu resepi...
campak sini..campak sana....
so jadi la ia..
ngehh ngehh..

k0rank p0wn leh try gak klu nak...

++ BEEF STEAK ++


BAHAN
Daging 
Black Pepper Powder
Serbuk Cili (sedikit)
Oyster Sauce
Olive Oil
Salt


CARA
Masukkan semua bahan ke dalam daging
Gaul dan peramkan seketika.
Setelah peram, bolehlah dibakar sehingga masak


BAHAN SOS
Onion – dadu
Black pepper sauce (5-6 sudu or ½ botol)
Black pepper powder (sedikit)
Oyster sauce (2-3 sudu)
Sedikit garam dan gula secukup rasa


CARA
1 Panaskan sedikit minyak. Potong mendadu bawang besar. Masukkan ke dalam periuk.
2 Masukkan sos lada hitam ke dalam periuk.
3 Masukkan air supaya tidak terlalu pekat. Kepekatan sos dan banyaknya air perlu di adjust sendiri sebab bergantung kepada kepekatan sos lada hitam.
4 Sos lada hitam dalamm botol tu rasanya sedikit masam2 jadi kalau tak suka masam2, kurangkan kuantiti sos dari botol.
5 Masukkan serbuk lada hitam sedikit. (ikut kesukaan anda nak lebih or kurang)
6 Masukkan semua bahan-bahan lain ke dalam periuk dan didihkan. Garam dan gula secukup rasa.


BAHAN COLESLAW
Kubis - suku biji saiz sederhana dihiris halus
Carrot - sebiji  dihiris halus
Mayonise
serbuk Lada Sulah
sedikit Gula
sedikit Garam


CARA
Campurkan kesemua bahan dan gaulkan.


:Onion23:
Sekian saje resepi yg me nak share kat semua…
senang jeeee…boleh ar try..



:Onion12:
++SELAMAT MENCUBA++





Chocolate Chips Cookies with Walnut&Almond

Heheee...seperti yg me katekan dlm n3 sebel0m neh...asyik cite pasal makannn makann n makann...hahaaa...tak pe la skali skala....m0od raye p0n smakin menjadik2 skunk neh kan?...hahaa..

sementara ade agi seminggu nk raya ni... kali ni me ingin bek0ngsi lagi resepi yg simple tp besss neh...sempat ar klu u0ls tingin nak try....huhuuuu....resepi ni adalah turun temurun dan digerenti mesti jadik punyee..hahaaaa...yeeee sy adalah penggila c0okies..huk huk....klu mse kat mesia...lalu jerk kat 'fam0us am0us' tu sure akan beli peanuts butter c0okies die...heheee...bau die jerk da menusuk l0bang hid0nk..huhuuu...
:Man15:
so, apelagik..meh kite lak try wat cookies ala2 fam0us am0us neh..haha...
tp resepi ni bkn peanut butter lorh...tp walnuts+almond chocolate co0kies...


++ CHOCOLATE CHIPS COOKIES ++
WITH WALNUT & ALMOND


BAHAN A
50g - Tepung Jagung
350g - Tepung Gandum
25g - Serbuk Koko
1/2tsp - Soda Bikarbonat
1/2 tsp - Baking Powder


100g coklat cips
(terpulang samada nak masuk skali atau tabur kat atas)
55g walnuts + almond (hancur)


BAHAN B
1biji - Telur
225g - Butter
200g - Gula Caster
1tsp - Esen Vanilla

CARA
- campurkan kesemua bahan A dan gaul sampai sebati..
-setelah itu campurkan pula kesemua bahan B dan pukul sehingga sebati..
-kemudian, masukkan sedikit demi sedikit bahan A td ke dalam bahan B sehingga jadi doh..
(doh akan jd lembik/lembut sikit, terpulang kat anda samada nak tmbh tepung sikit atau tak)
-then boleh la genggam2 n jadikan bebola dan leperkan dgn garfu dan taburkan coklat chips td..
-masak dlm 20minit supaya cookies rangup..


sekian sahaja..
yeahh senang kan??..

**Selamat mencuba n Selamat Berposee**

:Onion48:

Hotouch Pizza Heart

Heheeee...memandangkan skrng ni mood puasa...m0od masak n makan menjadik2..haha...so mari kita lihat lagik ape yg jadik kat dapur kit0rank smlm...hahaaa...ala...biasa ar tu...bulan2 macam ni la tingin nak makan ni la itu la...tp sayangnyee kat sini talak bole beli sesuke suki hati...
:Onion36:

so apalagi...jom jenguk ape ade kat dapur tuh...hahaaa...


:Monkey08:
yee anak2...harini cekgu nak ajar anak2 cara camne nak masak menu2 ala2 pizza-hut...dan menu kali ni sayep bg nama 'Hot0uch Pizza-Heart'..kenape hotouch??..sbb dia ade pedas2 sket..ngeh ngehh...



++ H0touch Pizza Heart ++

BAHAN DOUGH  500 g - tepung gandum
1 sudu besar - yis (mauripan)
1 sudu besar - tepung susu
1 sudu besar - gula
1 sudu teh - garam
1 subu besar - oregano
2 sudu besar - minyak zaitun
1 cawan air ( boleh tambah kalau tak cukup)


**Bahan-bahan di atas dicampurkan dan diuli. Kemudian biarkan dough tu naik sendiri.
BAHAN  (layer sos) 3 sudu besar - sos tomato
1 sudu besar - sos cili
1 sudu besar - gula
1 sudu teh - garam
1 cawan - air (kurang pun takpe)
1 sudu - tepung jagung (bancuh dengan air)

CARA
Bahan-bahan diatas dicampurkan dan diletak atas api. 
Tak perlu bubuh minyak. Kacau sampai agak likat.

** Layer sos ini untuk disapukan di atas dough sebelum diletak topping yang lain 
supaya pizza berasa juicy dan tak rasa kering.


BAHAN
(topping & sos) Minyak
1-2 sudu besar - serbuk cili (jika xmau pedas kurangkn)
1 sudu teh - garam
1 sudu besar - gula
2 sudu besar - sos tomato
1 sudu besar - sos cili
sedikit Oregano
** Untuk bahan-bahan topping terpulang pada anda. Boleh letak daging ayam cincang, sausage, seafood, nenas, cili capsicum, mozarella cheese, etc..tp me taruk byk2..baru cedapp..n terangkat..haha

CARA
Mula-mula tumis dulu kesemua bahan-bahan diatas, 
kemudian baru masukkan bahan-bahan daging.
** pesanan cikgu memasak tu : selepas sapu layer sos pada dough , taburkan sedikit cheese atau mayonise supaya ia dapat memegang topping2 tadi so masa kita gigit dia tak jatuh-jatuh..selepas bubuh topping, taburkan lagi cheese mozarella tu.


emm pizza ni boleh dpt dlm 2-3 keping..mengikut saiz anda nak mcm mane..
:Onion17:
**selamat mencuba...lalalalaaa.... **

Wonderland Mushroom Soup


yeahhh yg ni lak cara2 camne nak wat h0meMade w0nderland Mushr0om s0up..nama ni me yg taruk..pjg x??ngagagaaa..
resepi ni dicetak rompak dari my Adek Eka iaitu hasil pembelajaran beliau di sk0la duluk
dan di olah blk oleh saye utk kesempurnaan tekak saye...keh keh kehhh...

:Monkey47:
Uols sumer leh ar try buat dan anda mesti terujaa...ngahahaaaa...

++ WONDERLAND MUSHROOM SOUP ++

BAHAN
1 biji - bawang
1 biji - carrot kecik - dadu kecik2
1 btg saderi - dadu kecik2
4 biji - ubi kentang -king saiz (potong dadu dan rebus)


100 g - isi ayam
150 g - cendawan butang
1 kiub - pati ayam
Bouquet garni
garam
lada sulah
130 ml - susu segar
1 sudu - butter

CARA
Masak butter ngan ayam
Dah masak then masukkan smua bahan dadu td..
(tp klu tak suke dadu, nak blen bahan2 dadu tu pun bole)
Sementara tu rebus ubi..
Bila smua dah empuk masukkan ubi dan susu..
Masukkan garam, lada sulah td
klu nak pekat sikit taruk la tepung jagung 1 sudu...

:Monkey47:
huhuuu da bolee mamam daaa...cedapppp cekgu ajar...ngehh ngehh...

ok pas ni me tempek care nak wat seaf0od pasta ala2 mcm kat 'The Fish Shop' plak...
.

Chocolate Cake


Adakah anda penggemar mahupun penghantu coklat??...yeahh so anda berada di tempat yg benar...keh keh....Hehee...n3 kali ni me nak tujukan khas t0 those wh0 crazee wif ch0c..like me..hehee...

:Onion17:
sbb arini me nak share camne nak wat choc cake yg cedap n simple n hebat ini...huhuu...ayat poyoo..haha...so aritu me telah buat xperiment choc cake ni dan hasilnya amat memuaskan bg saye penggemar kek coklat ini..hehe..
thnx to cik puan yg baek ati memberikan resepi simple n cedap sgt ni...tp baru skunk nak tempek sini..hehee...saje nak share ngan u0ls..hik hik...emm xtually cake ni bole dibuat begitu saje...tp me saje2 rajin2 nak mendeco...biase la...da talak kije maa...huhuu...

...tp baru skunk nak tempek sini..hehee...saje nak share ngan u0ls..hik hik...emm xtually cake ni bole dibuat begitu sahaje...tp me saje2 rajin2 nak mendeco...biase la...da talak kije maa...huhuu...soo lets enjoy diz resepi...


++ CHOCOLATE CAKE ++
sumber dr : Kak Julia



BAHAN
1 3/4 cwn - tepung gandum
2 cwn - gula
2 biji - telur
3/4 cwn - serbuk koko
2 sudu besar - serbuk nescafe
1 1/2 sudu kecil - baking soda
1 1/2 sudu kecil - baking powder
secubit garam
1 cawan - susu segar
1/2 cawan - minyak bunga matahari/sayuran
1 sudu kecil - esen vanilla
1 cawan - air panas

CARA
1. Pukul telur dan gula sehingga kembang

2. Tambahkan esen vanilla, garam
3. Tepung gandum+ baking soda + baking powder +serbuk koko di ayak
4. Bahan2 di ayak, minyak dan susu di tambah secara selang seli sehingga habis
5. Akhir sekali campurkan air panas. batter akan menjadi berair.
6. Bakar pada suhu 160 C selama 15 mnit, jika menggunakan papercup.
7. Setelah itu boleh lah di sejukkan atau boleh lah dideco..hehe..


:Onion12:
*Selamat Mencuba*



Kek Puding Karamel

Huhuuu...im so bored lorh arineh...d0nnoe wut t0 do..huk huk...
so ape lagi...mula la pikirkan aktiviti membuat xperiment di dapur..huk huk...

humm...tahukah anda apa itu karamel??...
MyEm0.Com
..hahaaa...klu tak tau jgn jadi org..keh keh..dan tahukah anda bahawa saye adelah penggemar @ penghantu @ pengsuka 'puding karamel' ini??....hermm...puding karamel...yup..itu lah tajuk experiment kita pd hari ini...but yg ni special sket...wanna n0e y??...hehe c0z karamel me nak wat ni ade cake skali...hik hik...mayb ramai yg penah mkn kot..tp me tak penah..haha..s0 sape yg dah tau tu d0k tepi diam2 ek...MyEm0.Com..me nak share kat sape yg tatau jek..lallaallaaa...
.MyEm0.Com
huhu..sesape nak resepi leh amek kat bawah ni...pic kat bawah ni adalah hasil experiment kali ni..hehe..
.

MyEm0.Com
.

++ KEK PUDING KARAMEL ++
sumber dari yani myresipi


BAHAN ( 20cm )

Karamel
60g - gula
 1 sudu besar - air
 2 sudu besar - air


Puding
 4 biji - telur
500ml - susu segar
70g - gula
sedikit - esen vanila


Kek Span
70g - tepung gandum
60g - gula halus
2 biji - telur
 20g - mentega (dicairkan)
.
CARA
1) Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree. Cairkan mentega dan ketepikan.
2) Sediakan karamel Campurkan gula dengan 1 sudu air. Panaskan sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air lagi. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
3)
Sediakan puding. Panaskan susu dan gula sehingga gula hancur dan padamkan api.
4) Masukkan telur dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Kemudian tuangkan susu panas tadi perlahan-lahan ke dalam mangkuk sambil dikacau. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.
Tapiskan ke dalam loyang karamel tadi.
5) Sediakan kek span. Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula sehingga kembang.
6) Pukul pula telur kuning dengan separuh gula lagi sehingga jadi bentuk krim.
7) Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.
8) Ayak tepung ke dalam no.7 Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
9) Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.
10) Tuangkan adunan kek tadi ke dalam loyang puding tadi. Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak.(tp me wat lame sikit coz takut nnt tak masak)
**adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. 
so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.
11) Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.
.
MyEm0.Com
hehehee...so selamat mencuba pada sesape yg teringin nak mamam karamel buatan senirik..
.go go chaiy0rk~!!!
 
.

♥♥«--- My Recipe World --»♥♥   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP