Mee Kari Udang


entry kali ni, 
me nak share satu lagi makanan/masakan favourite time2 puasa ni...
dan jugak time2 org buat open house menu ni mmg tak ketinggalan
hehee...tak lain tak bukan, iaitu mee kari!!..
so me nak share resipi Mee Kari Udang ni wif u0ls yg baru nk try buat..
nak buat open h0use this raya u0ls bole la try...hehe
bahan yg sangat simple n senangg dibuat n sgtt sedapppp di makan
hehe...

lets check it outt!!
^_^



++ MEE KARI UDANG ++ 
sumber : qirah75

BAHAN
1/2 kg - Udang
mee kuning - 1kg ( basuh dan celurkan)
rempah kari - 2 senduk kecil
cili boh yg dimesin sikit (kalau suka pedas)
bawang merah - 6 ulas*
bawang putih - 3 ulas*
halia - 1/2 inci*
kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkeh (semua ni sikit je..nak kasik wangi. tak letak pun xpa rasanya)
daun kari - 1 tangkai
tahu kering  (tp me guna tauhu biasa je)
udang kering - sikit*
asam keping - dlm 2,3 keping
pati santan - RM1 (beli kat pasar je) @ kelapa parut sebijik

BAHAN Hiasan/Ulam
telur rebus
bawang goreng
daun bawang
sawi (celurkan) 
taugeh (celur jugak) 
cili besar@cili api

CARA
1. Tumbuk bahan *
2. Gaulkan serbuk kari dgn air panas utk jadikan paste. Masukkan juga cili mesin tadi.
3. Bersihkan udang, keluarkan kepala dan kulit. Kepala dan kulit ni rebus dgn sedikit air kemudian blend dan tapiskan air dia tu untuk jadikan stok.
4. Panaskan minyak. Masukkan daun kari. Lepas tu kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih
5. Masukkan bahan-bahan tumbuk tadi. Bila dah agak kekuningan masukkan paste kari
6. Bila dah pecah minyak, masukkan santan, stok udang, garam secukup rasa dan asam keping. Garam tu mesti secukup rasa supaya santan tak berketul-ketul. Bila dah mendidih dan pecah minyak masukkan udang.
7. Bila mendidih sekali masukkan tauhu kering yg telah di potong dua, kacau-kacau dan tutup api.
8. Masukkan mee dalam mangkuk, kuah dan bahan-bahan hiasan dan sedia untuk dimakan..


yups...
itu sajee
simple n senang kan??.....
hiksss

Selamat Mencuba!!!
^_^



3 comments:

senandung semalam said...

yummy...
nk try la t..
hhehehe

kamalia said...

nak try masak,nampak sedap sangat!

farahnas irina said...

wow...nampak sungguh menyelerakan...

♥♥«--- My Recipe World --»♥♥   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP