Fruit Tartlet

salam..
oke all...
today me mau share ini resipi sama u'ols...
senang giler....seyes ckp..
hehe...xla senang sgt2...
agak rumit...tp agak syiok ooo...hehe
oke2....sape2 yg nk try bole try....
lets check-it 0ut~

++ FRUIT TARTLET ++
sumber : mat gebu + k.julia


BAHAN PASTRY
(dlm 60bji)
250 g butter
125 g gula halus
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur
440 g tepung gandum

CARA
1- pukul butter dan telur sampai gebu
2- tambah telur dan esen vanilla dan pukul hingga sebati
3- masukkan tepung sedikit demi sedikit
(jgn risau, doh agak lembut supaya senang nk mencanai dlm acuan)
4- sapukan butter pada acuan supaya doh yg dah dimasak tak melekat
5- tekan dok pada acuan..jangan terlalu tebal sbb doh akan naik sedikit setelah dibakar
6- bakar pada suhu 200'C selama 12 hingga 15 minit atau hingga kekuningan..
dan sejukkan


BAHAN KRIM PASTRY
(dlm 30 biji)
300 ml susu segar
3 biji kuning telur
50 g gula halus
20 g tepung gandum *
20 g tepung jagung *
(* disatukan dan diayak)
1 camca teh esen vanilla
2 camca besar mentega/marjerin

CARA
1- panaskan susu sehingga menjadi suam dan matikan api
2- di dalam bekas yg lain, satukan kuning telur, gula dan tepung yg telah diayak
dan kacau menggunakan wisk hingga berkrim
3- tuang susu suam sedikit2 sambil terus mengacau hingga susu habis dituang
4- tenggekkan bekas(boil-up) berisi adunan tadi atas air mendidih
dan terus mengacau hingga adunan berubah menjadi pekat dan licin
5- matikan api dan masukkan esen vanilla dan mentega..kacau hingga sebati
6- alihkan kedalam bekas yg bertutup rapat dan tutup rapat..


BAHAN LAIN2
coklat cair/masak secukupnya
buah-buahan segar (ikut kegemaran masing2)
jem apricot atau piping jelly (kalau suka)

CARA SETERUSNYA
1- keluarkan kulit tart yg dah sejuk tadi dan sapukan bahagian dalam tart
dengan coklat masakan/cair dan biar kering seketika..
2- paipkan dengan krim pastry tadi..byk atau sikit bergantung pd kehendak masing2
3- susun buah-buahan segar mengikut kreativiti masing2..



tak kira buah2an tempatan mahupun import..
boleh juga disapu permukaan buah2an td dgn
jem apricot atau piping jelly utk nmpak lebih berkilat..
(sorry fruit tart yg ni tak taruk sbb takde...huhuhuuu)


so, slamat mencubaaaaaa...
hehe...

^_^


Fruit Pudding


yuhuuuu....
lama sudaa xletak resipi baru..
hehee...

sempena ramadhan al-mubarak dan bulan puasa ni
me nak share 1 resipi best tuk berbuka..

yup..i like it s0oo muchh..
so me telah blajar buat ini puding
da lama da blajar but bru mau menempek2...hehe
n thnx pada cekgu yg mengajar..hehe

seperti biasa,
my resipi mmg smua yg simple
n smua golongan bole try
senang bangattttt..
huhu...

:Onion70:
so lets check it 0ut~!!




++ FRUIT PUDDING ++ 
sumber : pn Julia




BAHAN A
1 paket agar-agar
3 mangkuk air
1 tin laici (ambil air dan laici di blend sikit)
180g / 3 senduk gula
2 tin susu cair

CARA
masukkan agar2 dan air ke dlm periuk
setelah agar2 sebati dgn air, masukkan pula air laici
kemudian diikuti laici, gula dan susu cair
kacau sehinggah masak..
kemudian bolehlah tuangkan ke dalam bekas acuan
dan sejukkan


BAHAN B
(kuah)
1 tin fruit coktail
1 tin nenas
1 tin susu cair
3 sudu tpg kastard
180g / 3 senduk gula
1 kotak fresh milk

CARA
tapis fruit coktail dan nenas, dan airnya di simpan
masukkan air tapisan td ke dalam periuk
diikuti susu cair, tpg kastard, gula
kacau dan masukkan pula fresh milk
setelah itu kuah hendaklah sentiasa dikacau
sehinggalah kuah menjadi agak pekat dan masak

setelah itu boleh lah tunggu puding td beku
dan bolehlah dihidangkan bersama kuah td
sekian~


:Onion73:
selamat mencuba~!!!!..



Cheesy Macaroni Baked

Salam all~

 today me nak share resepi ni..
act resepi ni da lama da buat..
so now baru nk tempek coz ada org request

n me penah buat entry resepi ni sblm ni
...but yg ni yg lebehh cheesee...
sbb me sgt s0ka itu cheeeseee
nyummm nyuuumm~~
:Monkey47:
ngeeeeee

so jomm layannn~~



++ CHEESY MACARONI BAKED ++


BAHAN
250g - Macaroni
(direbus hingga lembut toskan gaul dgn sedikit mentega)

BAHAN INTI
500g - Daging Cincang 
(boleh juga diganti dgn daging ayam cincang)
30g - Mentega
1/2 labu - Bawang Besar } dicincang
1 ulas - Bawang Putih } dicincang halus
1 sudu kecil - Garam
1 sudu kecil - Serbuk Lada Sulah
½ sudu kecil - Oregano Kering atau Parsley Kering
175g - Buah Tomato } buang biji, potong dadu
2 biji - Putih Telur

CARA
1. Panaskan mentega, masukkan bawang besar dan bawang putih.
2. Apabila layu masukkan daging cincang, tomato, garam dan lada sulah.
3. Masak lebih kurang 15 minit atau apabila air daging kering, kemudian sejukkan.
4. Bila dah SEJUK masukkan telur putih, kacau sebati.
5. Sapukan loyang bersaiz 7x 5 inci dgn sedikit mentega 


BAHAN SOS PUTIH
30 g - Mentega
1 sudu besar - Tepung Gandum
500 ml - Susu Segar
2 biji - Kuning Telur
125 g - Keju Cheddar } diparut
Garam secukup rasa
½ sudu kecil - Serbuk Lada Sulah
CARA
1. Cairkan mentega dgn api yg perlahan, masukkan tepung gandum kacau sehingga sebati.
2. Masukkan susu kacau (whisk) dgn menggunakan pemukul telur sehingga sebati.
3. Panaskan sehingga mendidih sambil sentiasa dikacau supaya tidak bergentel.
4. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.
5. Tutup api, sejukkan sedikit baru masukkan keju parut &  kuning telur. 
Kacau sebati ketepikan.


CARA SETERUSNYA
Masukkan1/3 pasta kemudian tabur 1/2 inti dan sedikit keju parut.,
lapiskan semula dgn 1/3 lagi pasta diikuti lebihan inti
dan sedikit keju dan akhir sekali 1/3 lagi pasta
dan atasnya tuang sekata sos putih
dan akhir sekali tabur keju parut.


Bakar didlm oven pd suhu 180'C selama 30 min atau sehingga keju keperangan
Angkat biarkan selama 15 minit sedia utk dihidangkan

:Monkey24:
+++.....Selamat Mencuba.....+++


Sizzling Yee Mee

haluww all....

heheee....ok today me nak share lak camne nak buat Sizzling Yee Mee ni..
aritu suda try....mmg sedap bagat coz me mmg suke sgt makan sizzling ni..huk huk...
and smlm we0ls try lagik...kredit to mysis along a.k.a pem'masak...ahaks
me tolong gak....but tulun tgk sudaa..hikss..
:Monkey37:

but mmg senang bangat nak buat..
so..jom try..


++ SIZZLING YEE MEE ++
sumber: MyResepi

BAHAN

( 2-3 org makan )

2-3 sanggul (gulung) - Yee Mee
 5 ulas - Bawang Putih
5 biji - Cendawan Shitake (cendawan kering)
rendam sehingga agak lembut dan potong 4
1 keping - Dada Ayam (potong mengikut citarasa)
3 biji - Cili Kering (potong 2)
2 sudu besar - Sos Tiram
3 sudu besar - Kicap Cair
 1 sudu besar - Kicap Pekat
1/2 inci - Halia (hiris nipis)
sedikit Serbuk Lada Hitam
Garam secukup rasa
 Beberapa titik - Minyak Bijan
1 sudu besar - Tepung Jagung (dibancuh dgn sedikit air)
 sedikit Minyak utk menumis


CARA
1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
3. Masukkan 2 cawan air.

4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat.
Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.

5. masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
8. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.

yeahh siap sudaa~
senang kan??...hehe..

:Monkey41:
++ selamat mencuba ++


Homemade Fried Chicken

Salam all...

sory coz da lama tak ber'update blog resipi ku ini
me agak bz and takde experiment resipi terbaru yg bole di share wif uols
huhuu...


entry kali ni me nak share resipi dengan tips skali
macam mana nak buat 'homemade fried chicken' ni
last entry me ada tunjuk my 'homemade fried chicken' ni
but me tak letak resipi die sbb ingatkan takda org nak try..hehe
so, atas permintaan beberapa org yg meng'request nakkan
resipi mcm mana nak buat 'homemade fried chicken' ni

bahan2 n cara2 dia sangat mudah
pada sesiapa yg nak try buat senirik or berada di luar negara
yg susah nak carik KFC halal..
anda tak perlu kuatir lagi mana nak mkn KFC
bole buat senirik...lagi jimat n berbaloi...huhu..
so, lets try it~!



++ HOMEMADE FRIED CHICKEN ++


BAHAN
Tepung gandum - ½ kilo
Serbuk kari ayam - ½ cwn
Serbuk cili - 3 sudu teh (klau nak pedas blh tambah lagi)
Serbuk lada sulah - 3 sudu teh
Serbuk penaik - 2 sudu teh
Garam - secukup rasa
Gula - sedikit
**(boleh buat 2-3 bancuhan klu nak msk byk.. jika ada lebih boleh disimpan)

CARA
Gaul sebati kesemua bahan-bahan tersebut..
kemudian boleh lah digaul bersama ayam dan goreng..
rujuk tips dibawah utk cara2 menggoreng


TIPS PENYEDIAAN AYAM SUPAYA MENJADI CRISPY
- sediakan bekas tepung besar utk menggaul ayam supaya senang menggaul
- sediakan air sejuk bersama penapis utk rendaman ayam
- goreng menggunakan deepfryer (if takde, guna periuk n minyak yg byk)
- pada suhu 180'C


1. Mula-mula masukkan beberapa ketul ayam ke dalam tepung. (4-6 ketul) lebih elok asingkan tulang n isi supaya senang.
2. setelah itu gaulkan ayam sebyk 10 kali secara melintang dan menegak.
3. ambil 2 ketul ayam dan pegang kiri kanan dan ketuk sedikit supaya
tepung rata dan yg berlebihan jatuh.
4. masukkan ayam tadi kedalam bekas penapis dan ulang langkah 3 sehingga
semua ayam dalam tepung td habis
5. setelah itu pegang penapis dan masukkan ke dalam air sejuk perlahan-lahan
dan rendam selama 10 saat
6. kemudian tos dan angkat penapis perlahan-lahan supaya tepung tak lekang
7. masukkan semula ke dalam tepung tadi
8. gaul dan ramas ayam-ayam tadi 10 kali secara melintang dan menegak
(ni proses penentuan nak bg ayam nampak crispy)
9. kemudian bolehlah ulang langkah 3 dan masukkan ke dalam minyak yg panas (180'C)

TIPS
- untuk ayam daging masak selama 10 – 15 minit
- untuk ayam tulang 5 – 8 minit
- drumstick – 12 minit or masak lama sedikit sbb kalau tak, darah akan keluar lepas diangkat

p/s - tips kat atas nmpak macam panjang...tp tak la rumit pun...klu try buat baru tau..
me terangkan secara detail supaya uols sumer dpt result umphhh and boleh membanggakan
diri anda nnt..huhu..

~~~~~SELAMAT MENCUBA~~~~~


♥♥«--- My Recipe World --»♥♥   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP