Mee Kari Udang


entry kali ni, 
me nak share satu lagi makanan/masakan favourite time2 puasa ni...
dan jugak time2 org buat open house menu ni mmg tak ketinggalan
hehee...tak lain tak bukan, iaitu mee kari!!..
so me nak share resipi Mee Kari Udang ni wif u0ls yg baru nk try buat..
nak buat open h0use this raya u0ls bole la try...hehe
bahan yg sangat simple n senangg dibuat n sgtt sedapppp di makan
hehe...

lets check it outt!!
^_^



++ MEE KARI UDANG ++ 
sumber : qirah75

BAHAN
1/2 kg - Udang
mee kuning - 1kg ( basuh dan celurkan)
rempah kari - 2 senduk kecil
cili boh yg dimesin sikit (kalau suka pedas)
bawang merah - 6 ulas*
bawang putih - 3 ulas*
halia - 1/2 inci*
kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkeh (semua ni sikit je..nak kasik wangi. tak letak pun xpa rasanya)
daun kari - 1 tangkai
tahu kering  (tp me guna tauhu biasa je)
udang kering - sikit*
asam keping - dlm 2,3 keping
pati santan - RM1 (beli kat pasar je) @ kelapa parut sebijik

BAHAN Hiasan/Ulam
telur rebus
bawang goreng
daun bawang
sawi (celurkan) 
taugeh (celur jugak) 
cili besar@cili api

CARA
1. Tumbuk bahan *
2. Gaulkan serbuk kari dgn air panas utk jadikan paste. Masukkan juga cili mesin tadi.
3. Bersihkan udang, keluarkan kepala dan kulit. Kepala dan kulit ni rebus dgn sedikit air kemudian blend dan tapiskan air dia tu untuk jadikan stok.
4. Panaskan minyak. Masukkan daun kari. Lepas tu kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih
5. Masukkan bahan-bahan tumbuk tadi. Bila dah agak kekuningan masukkan paste kari
6. Bila dah pecah minyak, masukkan santan, stok udang, garam secukup rasa dan asam keping. Garam tu mesti secukup rasa supaya santan tak berketul-ketul. Bila dah mendidih dan pecah minyak masukkan udang.
7. Bila mendidih sekali masukkan tauhu kering yg telah di potong dua, kacau-kacau dan tutup api.
8. Masukkan mee dalam mangkuk, kuah dan bahan-bahan hiasan dan sedia untuk dimakan..


yups...
itu sajee
simple n senang kan??.....
hiksss

Selamat Mencuba!!!
^_^



Honeydew Sengaut


memandangkan cuaca di serata dunia skarang ni amatlah panas
so me nak share Resipi Honeydew Sengaut ni with u0ls..
sangat simple, pantas dan nyamann..
sesuai juga dijadikan juadah tuk minum berbuka puasa...
sangattt sedapppppp~

so, lets check-it out..



++ HONEYDEW SENGAUT ++
sumber : aeeda78

BAHAN
1 biji - Tembikai Susu (Honeydew)
1 tin - Susu Cair Ideal Milk
1/2 tin kecil - Susu Pekat (klu honeydew anda dah manis, guna 1/4 tin susu je)
Manik Sagu (Sego Pearls) - ikut suka
suku dari Tembikai Susu dipotong dadu (kecil2) - ikut suka

CARA
1. Potong honeydew untuk dimasukkan ke dalam blender. Tapi jangan lupa tinggalkan suku tembikai untuk ditabur didalam jus tu nanti (potong kecil)..kalau ada extra lg bagus..
2. Masukkan honeydew + susu cair  + susu pekat ke dalam blender. Blend kan. Selesai blend, masukkan ia ke dalam bekas dan ketepikan.
3. Didihkan air di dalam periuk yang berasingan. Lepas tu, masukkan sego pearls. (jangan terlalu lama takut sagu jadi hancur dan likat)
4. Kacau sebentar dan kalau manik tu dah nampak mcm transparent, angkat dan tapiskan. Cuci sepintas lalu dengan aliran air paip (air sejuk).
5. Masukkan manik sagu ke dalam bekas yg berisi honeydew yg telah di'blend' itu tadi.
6. Akhir sekali, campak lah isi honeydew extra yg telah dipotong kecil itu td. boleh juga letakkan beberapa ketulan ais utk bg lebih sejuk dan nyaman...ataupun sejukkan dulu untuk kepuasan maxima...hehee

**resipi asal taruk 1 tin jagung ligo sekali...tp me tak masukkan coz nnt feel honeydew hilang...hehe


sekiannn...

SELAMAT MENCUBA!!
^_^



Tuna Puff


yup another express recipe to those yg xbyk masa...
tuna puff recipe..hehehh..
senang dibuat sedap dimakan, 
nak pulak time panas2 lepas masak...fuhhhh...
no need to uli2 or wuts eva..
what u need is juz the 'puff pastry'...

telah membuat ni haritu..
lets check it out~
^_^


++ TUNA PUFF ++
sumber : skyblue

BAHAN
2 keping Puff Pastry
1 tin Tuna (ketulan dlm minyak/air)
1 biji Bawang Besar (dicincang)
1/2 cawan Jagung dan Kacang Peas (dlm tin/frozen)
(atau boleh juga gunakan mix vege ikut selera masing2)
2 sudu besar Mayonnaise
sedikit Garam dan Lada Hitam
1 biji Telur (dipukul dgn sedikit susu segar)

CARA
1. buangkan minyak/air di dalam tin, tuangkan tuna ke dalam magkuk besar.
2. masukkan bawang besar yg dicincang, jagung dan kacang peas, mayonnaise,
garam dan lada hitam. Kacau hingga rata dan ketepikan.
3. Puff Pastry di potong dan dibahagikan kepada 6 keping.
4. Isikan 1 sudu besar tuna ke atas pastry. Lipatkan pastry dan
tutup hujungnya dengan garfu. Ulang sampai habis.
(** if anda confuse, normally kat blkg plastic puff pastry tu ada tunjuk cara2 potong/lipat)
5. Sapukan puff dengan telur. Bakar puff pada suhu 200'C selama 20 minit.

selesai sudaa...
sgt simple n sesuai tuk minum petang jugee...;)

~~SELAMAT MENCUBA~~
^_^

Pulut Panggang Ekspress


hye all...

disebabkan bulan puasa pun dah nak dekat, 
so me nak share resipi pulut panggang / pulut udang ekspress ni wif u0ls yg xbrape pro (like me)
 n tringin nak buat tuk mkn senirik..
nak buat juadah buka puasa pun ok xyah beli....hehe..
simple sgt...
lets check it 0ut!!...
^_^


++ PULUT PANGGANG ++
sumber: umi_e

BAHAN
4 cawan - Beras Pulut
4 cawan - Santan
Garam - secukupnya
Serunding Daging - secukupnya
(lebih kurang dalam 1mangkuk)
beberapa helai - Daun Pandan
Daun Pisang - secukupnya
(dalam 4keping lebar pelepah pisang)

CARA
1. Cuci beras pulut dengan air suam
2. Masukkan santan + garam + daun pandan
3. Tutup dan masukkan dalam microwave - tekat kat 'rice' atau set sekitar 15min 
(kacau setiap 5min supaya pulut masak rata)
4. Bersihkan daun pisang dan layarkan atas api kemudian dipotong panjang 
agak2 dlm 10inci dan lebar 5inci. Setelah itu ambil sehelai dan 
sapukan sedikit magerin diatasnya.
5. Ambil 2 sudu pulut dan letak atas daun pisang
6. Ambil 1-2 sudu makan serunding daging dan letak di tengah2 pulut td
7. Tutup inti serunding daging dengan temukan kedua2 hujung pulut supaya tertutup
8. Gulungkan daun pisang dengan rapi serta padat dan pinkan dgn lidi/stapler dihujungnya
9. Letak atas api, kuali leper dan balik2kan hingga garing
10. selesaii suda...boleh la dimakan panas2...bestttt!!

simple kan??...hehe

SELAMAT MENCUBA
^_^

**  more recipes coming up next, 
      sempena Ramadhan Al-Mubarak yg bakal tiba....

♥♥«--- My Recipe World --»♥♥   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP