Kiwi Cheese Cake


Hehe..pada sesape yg mintak resepi ni aritu, nah ni resepi...
hehehe..
slamat mencubaaaa~~!!..=p


++ KIWI CHEESE CAKE ++
cikgu base n filing : kak julia
.
BAHAN
(Base)125g - tepung gandum
50g - gula halus
50g - butter
1 biji - telur
1 s/k - baking powder
.

CARA
Gula halus+butter di pukul bersama(guna tgn je),
 then masukkan telur,vanilla sugar dan last sekali tepung yang diayak bersama baking powder,
 tekan adunan di dlm loyang.
Bakar selama 15 mnit pada suhu 160 C. 
then keluarkan dari oven kemudian masukan filling.
** Base ni sebelum masak nampak nipis dan sikit, tapi lepas di bakar akan naik sikit sebab ada baking powder.
.


BAHAN
(Filing)
800 g - cream cheese Philedelpia
3/4 cup - sugar
2 tsp - vanila
3 - eggs
3/4 cup - sour cream
.
CARA
1. cream cheese dibiarkan pada suhu bilik
2. Pukul cream cheese & gula.
3. Masukkan telur dan vanila.
4. Campurkan yogurt.
5. Tuangkan adunan cream cheese ke atas base dan bakar 45 mins guna steambath method
6. Biarkan selama 1/2 jam di dalam oven, sejukkan selama 3/4 jam sebelum dihidang. Sedap di mkn sejuk.
7.kemudian bolehlah didecokan mengikut kreativiti yang anda suke..hehee...


Selamat Mencuba!!..
^_^



HOTOUCH CHICKEN BURGER


Heheee...
arini dah tak tau nak makan ape...teringin nak mkn burger key-ef-see tu, 
so terpaksa lah buat sendirik...
memandangkan tepung goreng tu takde, 
dgn menggunakan adunan tepung rekaan sendiri dan hasilnya,
 jadilah tepung ala2 kfc ni...=p...

~h0t0uch ch!ckEn burgEr~

** those yg nak recipe plz drop ur msg here k...;)

hehe...sedap btol coz da lame tak mamam chicken beger..=p...hik hik...

Tiramisu Cake

Pada sesape yg tanye resepi ni haritu,
 nahh amek ni resepi..huhu...slamat mencubaaa..=p...
ni pun baru je blajar aritu...huhuuuu..=p


++ TIRAMISU CAKE ++
Sumber: hasil belajar dr k.julia



BAHAN
(Sponge kek)
4 biji - telur
115 g - gula kastor
100 g - tepung gandum
15 g - tepung jagung
25 g - butter di cairkan



CARA
1. Pukul telur dan gula smpai kembang sehingga bila diangkat whisk, adunan tak jatuh
2. Masukkan tepung gandum dan tpg jagung y telah di ayak berselang dgn butter y telah di cairkan.
3. Bakar selama 20-25 mnit pada suhu 180 C


BAHAN
(Cream filling) serbuk koko - secukupnya ( dlm 2 sudu besar)
Coklat masakan - yang diparut secukupnya untuk hiasan
350 ml - bancuhan nescafe
(1 sudu besar - nescafe dan 350ml - air panas)
300 ml - whipping cream
50 g - gula kastor
3 x 250g(paket) - mascarpone cheese



CARA
1. Pukul whipping cream dan gula sampai gebu, kemudian masukkan cheese. ketepikan.
2 .Potong cake kpd 3 bhgian, pd lapisan pertama renjiskan bancuhan nescafe/kopi hingga kek agak lembab
3. Ratakan filing dan dust kan dgn serbuk koko
4. Letak lapisan kedua dan ulang letak bancuhan kopi, filling dan dusting
5. Pada lapisan terakhir pun sama. sapukan fiiling ke seluruh bahgian kek dan taburkan dengan coklat masakan y siap diparut, simpn dlm peti 3/4 jam
6. Sedia untuk di makan..




Selamat mencuba!!
^_^



Rosemarry Chicken Grilled


Last sunday kitorang free...
so leh ar wat experiment..hehe...haritu dah try and menjadi...so diz week kitorang try lagi skali buat 'rosemarry chicken' ni sebab bahan2 mmg simple gile..hehe...dan hasilnya, nyumm nyumm~~..amat memuaskan...hehe...boleh la klu nak makan sendirik..huhu..=p...
rosemarry chicken ni dihidangkan pulak dengan side dishes...
coleslaw, potato salad, pasta salad and baked beans salad..huhuu...
nyumm~~ nyumm~~


++ ROSEMARRY CHICKEN GRILLED ++
sumber: kak julia


BAHAN
1 ekor ayam sederhana besar
2 biji lemon
3 ulas bawang putih
2 sudu besar olive oil
20 gm Rosemarry Kering
** jika suka bole juga letak kentang dan carrot 


CARA
1.Lemon direbus sehingga empuk, dalam 15 minit
2.Tumbuk bawang putih dan rosemarry sehingga lumat
3.Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam
4.Lemon tadi dicucuk cucuk dengan garfu..dan disumbat kedalam perut ayam
5.Lumurkan ayam tadi dengan bahan yg digaul tadi 
dan masukkan carrot dan kentang ditepi..
dan bakar didalam oven 180'c selama 1 jam atau sehingga masak.
dan bolehlah di hidangkan..
seekor ayam tu boleh bagi 4 mcm kat Kenny Rogers tu..


sekian...
Selamat Mencuba!!
^_^

Lasagna

Sesape yang rase-rase nak try buat lasagna ni boleh la try...
boleh la kalau nak kalahkan lasagna pizzahut or dave deli...hehee...
ni kitorang buat weekend haritu...alang-alang tak de buat pepe...
.heheee...sedap tak?....klu nak tau sedap or tak, cube la sendrik..
huhuuuuu....:p


++ LASAGNA ++


BAHAN A
1 bungkus (225 gr) - Kulit Lasagna kering, siap beli
1 sdm - Margarine
½ sdt - garam
Air secukupnya , untuk merebus
(Kalau dapat beli lasagna instant
lagi senang tak payah nak merebus)

BAHAN B

(Sos Daging)

2 sdm - Margarine

2 biji - Bawang Putih, cincang halus
1 biji - Bawang Bombay, cincang halus
500 gr - Daging cincang
250 gr - Tomato, kupas, parut
300 gr - Sos Tomato dalam botolan
100 cc - Air
3 blok - kiub maggi lembu
1 sdt - Oregano bubuk
½ sdt - Garam,
 ½ sdm - Gula pasir

BAHAN C
(Sos Putih)
50 gr - Margarine
50 gr - Tepung gandum
400 cc - Susu Cair Evaporated
100 cc - Air
125 gr - Keju Cheddar parut
1 blok - kiub maggi lembu
¼ sdt - serbuk lada putih
¼ sdt - serbuk buah pala



CARA

Panaskan air hingga mendidih, tambahkan margarine dan garam,rebus kulit lasagna kering hingga masak. Angkat. Toskan.


Sos Daging

1. Panaskan margarine, tumis bawang putih dan bawang bombay hingga harum dan layu. Masukkan daging cincang, kacau rata hingga masak.
2. Tambahkan tomato parut dan sos tomato dan air. Bubuhi daging lembu MAGGI kiub, oregano serbuk, garam dan gula pasir. Masak hingga mendidih dan mengental.


Sos Putih

1. Panaskan margarine, masukkan tepong, kacau rata. Tuang susu cair dan air sedikit demi sedikit sambil dikacau rata. Tambahkan keju parut, MAGGI® kiub, serbok lada putih serbok pala.
2. Masak hingga mendidih dan mengental.


PENYEDIAAN
1. Siapkan bekas tahan panas yang sudah disapu margarin,
susun kulit lasagna pada dasar bekas.
2. Ratakan ½ bagian sos daging diatasnya dan ½ bagian sos keju.
Susun kembali kulit lasagna diatasnya.
3. Kerjakan satu lapis lagi dengan sisa sos daging dan sos keju.
4. Taburi atasnya dengan campuran keju
cheddar dan keju mozarella parut diatasnya.
5. Panggang dengan panas oven 180°C
hingga kuning kecoklatan (± 40 minit).
6. Angkat. Sajikan panas.

Selamat Mencuba!!
^_^

Hotouch Chicken Handroll

Handroll ni senang je buat dia..sape2 pun boleh try..
senang dan sedap dimakan begitu sahaja..heheee...





++ HOTOUCH CHICKEN HANDROLL ++


BAHAN
isi ayam 
1 cwn tepung gandum
1 sudu teh serbuk cili
3 sudu teh serbuk kari ayam
serbuk lada sulah
garam
gula
kubis
carrot
timun
capsicum
mayonise
butter
kulit handroll/taco (readymade)

CARA
(Ayam Goreng)
potong isi ayam panjang jejari..
untuk bahan menggoreng ayam td,
masukkan tepung gandum, serbuk cili, serbuk kari ayam,
serbuk lada sulah, garam secukup rasa serta gula sedikit
ke dalam mangkuk dan gaulkan rata.. bahagi 2 bahan tadi..
ambil 1 bahagian dan campurkan sedikit air dan jangan terlalu cair..
celup ayam tadi ke dalam bancuhan tepung td dan kemudian
celupkan ke dalam tepung yg telah dibahagi td dan goreng..


(Handroll)
sapukan butter dan mayonise di atas kulit handroll..
kemudian letakkan semua sayur2 yg tlh dihiris
diikuti dengan ayam goreng tadi..
pada siapa yg nak lg pedas,bolehlah letakkan sos..
kemudian gulungkan dan potong dan bolehlah dihidangkan..

+selamat mencuba++

♥♥«--- My Recipe World --»♥♥   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP