Hotouch Chicken Handroll

Handroll ni senang je buat dia..sape2 pun boleh try..
senang dan sedap dimakan begitu sahaja..heheee...





++ HOTOUCH CHICKEN HANDROLL ++


BAHAN
isi ayam 
1 cwn tepung gandum
1 sudu teh serbuk cili
3 sudu teh serbuk kari ayam
serbuk lada sulah
garam
gula
kubis
carrot
timun
capsicum
mayonise
butter
kulit handroll/taco (readymade)

CARA
(Ayam Goreng)
potong isi ayam panjang jejari..
untuk bahan menggoreng ayam td,
masukkan tepung gandum, serbuk cili, serbuk kari ayam,
serbuk lada sulah, garam secukup rasa serta gula sedikit
ke dalam mangkuk dan gaulkan rata.. bahagi 2 bahan tadi..
ambil 1 bahagian dan campurkan sedikit air dan jangan terlalu cair..
celup ayam tadi ke dalam bancuhan tepung td dan kemudian
celupkan ke dalam tepung yg telah dibahagi td dan goreng..


(Handroll)
sapukan butter dan mayonise di atas kulit handroll..
kemudian letakkan semua sayur2 yg tlh dihiris
diikuti dengan ayam goreng tadi..
pada siapa yg nak lg pedas,bolehlah letakkan sos..
kemudian gulungkan dan potong dan bolehlah dihidangkan..

+selamat mencuba++

No comments:

♥♥«--- My Recipe World --»♥♥   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP