Lasagna

Sesape yang rase-rase nak try buat lasagna ni boleh la try...
boleh la kalau nak kalahkan lasagna pizzahut or dave deli...hehee...
ni kitorang buat weekend haritu...alang-alang tak de buat pepe...
.heheee...sedap tak?....klu nak tau sedap or tak, cube la sendrik..
huhuuuuu....:p


++ LASAGNA ++


BAHAN A
1 bungkus (225 gr) - Kulit Lasagna kering, siap beli
1 sdm - Margarine
½ sdt - garam
Air secukupnya , untuk merebus
(Kalau dapat beli lasagna instant
lagi senang tak payah nak merebus)

BAHAN B

(Sos Daging)

2 sdm - Margarine

2 biji - Bawang Putih, cincang halus
1 biji - Bawang Bombay, cincang halus
500 gr - Daging cincang
250 gr - Tomato, kupas, parut
300 gr - Sos Tomato dalam botolan
100 cc - Air
3 blok - kiub maggi lembu
1 sdt - Oregano bubuk
½ sdt - Garam,
 ½ sdm - Gula pasir

BAHAN C
(Sos Putih)
50 gr - Margarine
50 gr - Tepung gandum
400 cc - Susu Cair Evaporated
100 cc - Air
125 gr - Keju Cheddar parut
1 blok - kiub maggi lembu
¼ sdt - serbuk lada putih
¼ sdt - serbuk buah pala



CARA

Panaskan air hingga mendidih, tambahkan margarine dan garam,rebus kulit lasagna kering hingga masak. Angkat. Toskan.


Sos Daging

1. Panaskan margarine, tumis bawang putih dan bawang bombay hingga harum dan layu. Masukkan daging cincang, kacau rata hingga masak.
2. Tambahkan tomato parut dan sos tomato dan air. Bubuhi daging lembu MAGGI kiub, oregano serbuk, garam dan gula pasir. Masak hingga mendidih dan mengental.


Sos Putih

1. Panaskan margarine, masukkan tepong, kacau rata. Tuang susu cair dan air sedikit demi sedikit sambil dikacau rata. Tambahkan keju parut, MAGGI® kiub, serbok lada putih serbok pala.
2. Masak hingga mendidih dan mengental.


PENYEDIAAN
1. Siapkan bekas tahan panas yang sudah disapu margarin,
susun kulit lasagna pada dasar bekas.
2. Ratakan ½ bagian sos daging diatasnya dan ½ bagian sos keju.
Susun kembali kulit lasagna diatasnya.
3. Kerjakan satu lapis lagi dengan sisa sos daging dan sos keju.
4. Taburi atasnya dengan campuran keju
cheddar dan keju mozarella parut diatasnya.
5. Panggang dengan panas oven 180°C
hingga kuning kecoklatan (± 40 minit).
6. Angkat. Sajikan panas.

Selamat Mencuba!!
^_^

Hotouch Chicken Handroll

Handroll ni senang je buat dia..sape2 pun boleh try..
senang dan sedap dimakan begitu sahaja..heheee...





++ HOTOUCH CHICKEN HANDROLL ++


BAHAN
isi ayam 
1 cwn tepung gandum
1 sudu teh serbuk cili
3 sudu teh serbuk kari ayam
serbuk lada sulah
garam
gula
kubis
carrot
timun
capsicum
mayonise
butter
kulit handroll/taco (readymade)

CARA
(Ayam Goreng)
potong isi ayam panjang jejari..
untuk bahan menggoreng ayam td,
masukkan tepung gandum, serbuk cili, serbuk kari ayam,
serbuk lada sulah, garam secukup rasa serta gula sedikit
ke dalam mangkuk dan gaulkan rata.. bahagi 2 bahan tadi..
ambil 1 bahagian dan campurkan sedikit air dan jangan terlalu cair..
celup ayam tadi ke dalam bancuhan tepung td dan kemudian
celupkan ke dalam tepung yg telah dibahagi td dan goreng..


(Handroll)
sapukan butter dan mayonise di atas kulit handroll..
kemudian letakkan semua sayur2 yg tlh dihiris
diikuti dengan ayam goreng tadi..
pada siapa yg nak lg pedas,bolehlah letakkan sos..
kemudian gulungkan dan potong dan bolehlah dihidangkan..

+selamat mencuba++

♥♥«--- My Recipe World --»♥♥   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP